eSukan - Laluan Kerjaya Dalam Industri ESukan
5 Jun 2026 | Aktiviti Terkini5 Jun 2026 – Seramai 1 peserta di NADI Linggi yang telah menghadirkan diri bagi sesi webinar eSukan iaitu Laluan Kerja Dalam Industri eSukan.
Sesi webinar ini merupakan satu program pengenalan yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan eSukan daripada sekadar aktiviti hobi kepada satu bidang yang menjana peluang pekerjaan kepada golongan muda.
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai peluang kerjaya yang wujud dalam ekosistem eSukan serta kemahiran yang diperlukan untuk menceburi bidang ini.
Terima kasih buat peserta yang telah menghadiri sesi webinar ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: